Hati

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1W7-rlhi94PLMaULrepc7RlC629vSQQM3

Ada hikmah besarnya, bila jodoh masih dalam simpanan rahsia Tuhan.

Bukanlah tanda Tuhan tidak langsung ingin memberikan.

Cuma pada waktunya itu, Tuhan belum lagi untuk mengizinkan.


Ditahannya Dia pada jodoh seseorang, Tuhan bukakan laluan untuk dia berbakti sepenuhnya pada mak dan ayah.

Fasa perkenalan dan pertemuan dengan pasangan dikemudiankan, Tuhan dahulukan rezeki kesenangan dan kebahagiaan lain yang lebih perlunya bagi dia didekatkan.


Saat manusia itu berkobar-kobar mahukan alam perkahwinan, Tuhan teliti sejauh mana hati seseorang yang ikhlas dalam kesungguhan.

Katanya, dia telah bersedia dengan segala kesempurnaan.

Di mata Tuhan, dia masih lagi harus bersendirian. Dalam masa sendiriannya, dia diuji dengan suatu dugaan, hatinya begitu mudah rapuh dalam kesabaran.


Jalani saja kehidupan yang kini Tuhan sedang bentangkan.

Jangan resah memikirkan bila jodoh akan mula menampakkan kehadiran.

Tuhan tahu segala-galanya.

Suatu hari nanti, Tuhan tunjukkan jodoh yang dicari dan diimpikan selama ini.


Tak perlu malu dengan umur yang kian meningkat.

Tiada apa yang patut menjadi sesalan hanya kerana belum melayari bahtera perkahwinan.

Asalkan, jangan tersalah memilih insan yang tidak sehaluan.

Hati yang terpenjara dalam kesengsaraan, makan masa untuk disembuhkan.


#AzuraZamri

Comments

Popular Posts